Isnin, 30 Disember 2013

Jangan mencerca,menghina dan memfitnah...

Tiada gunanya mencerca, menghina dan memfitnah seseorang yang TIDAK kita sukai. Itu hanya menyebabkan kita semakin HAMPIR ke neraka. Yang dihentam pula bakal 'menyedut' amal baik kita di akhirat kelak. 

Sebaiknya, nasihati dia secara tertutup terlebih dahulu dan kemudian jika dia membawa mudarat kepada awam, dibenarkan memaklumkan apa yang benar kepada awam namun mestilah secara matang, tenang tanpa sebarang cacian, makian. 

SEDARILAH Caci maki tiada membawa keamanan kecuali menaikkan ammarah manusia lain dan mencipta persekitaran negatif dan negatif. 

Nabi saw bersabda : ( إني لم أبعث لعانا و إنما بعثت رحمة) Ertinya "tidaklah aku dibangkitkan sebagai orang yang banyak melaknati (mencaci maki orang lain), sesungguhnya aku dibangkitkan sebagai rahmat" ( Riwayat Muslim)

Sabtu, 14 Disember 2013

Pesanan UAI

Renungan bersama~





Bersyukur apa yang ada...

Tak ada KERETA?
Bersyukurlah masih ada MOTOR

Tak ada MOTOR?
Bersyukurlah masih ada BASIKAL

Tak ada BASIKAL?
Bersyukurlah masih ada KAKI

Tak ada KAKI?
bersyukurlah kerana masih dipinjamkan NYAWA

Ramai penghuni kubur yang ingin bangkit kembali semata-mata ingin memperbaiki amal......

Ini orang kristian hormat azan...kita?


Jumaat, 13 Disember 2013

Pengorbanan ayah...



Pesanan UAI


Pesanan UAI


RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN

Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya::

"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An'am 112)

Lagu untuk ibu-Brothers

Seorang wanita
Bermahkota ibu
Menggengam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah
dan rahmat dari Allah


Kini ibu
Peganglah tanganku ini
Biar kubawa
Ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biar kubawa
Ke alamku
Hasil ukiran
Selama ini


Dodoianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada junjungan tercinta
Tersujud lemah mengabdi diri
Kepada Yang Esa


Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga tuhan menyayangimu
Sepertimana kau mengasihi
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya


Lagu Untuk Ibu (Brothers)

Firman Allah S.W.T.

"Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa"(Surah An Nisa',ayat 36)

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya,ibunya mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya,dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun.Dengan demikian bersyukurlah kepada-Ku dan kedua-dua ibu bapamu,dan ingatlah kepadaku jua tempat dikembalikan bagi menerima balasan"(Surah An Nisa',ayat 36)

Khamis, 12 Disember 2013

Pesanan UAI...


Manusia sekarang...

Ramai yg tahu tentang cinta,hiburan,tapi bila ditanya tentang Rasulullah,terus diam menyepi. Sedih jika baginda tahu ramai umatnya begitu...

Sahabat

Orang yg mengajar kamu melakukan kebaikan,itulah sahabat,manakala yg mengajak kamu kearah kemaksiatan & kemungkaran,itulah musuh sebenarmu...







Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian...

Renung-renungkanlah...

Dunia ni boleh hilang bila-bila masa sahaja.
Kenapa mesti kejar dunia yang pasti akan hilang ?





11/12/13

Ingat lagi tak tarikh 11/12/13?Ada apa dengan tarikh itu?ya,memang cantik tarikh itu...tetapi adakah ibadah kita akan lebih cantik dari tarikh itu?fikir-fikirkanlah...

Sunnah Rasulullah tidak dapat diikuti...

Assalamualaikum...SABAR salah satu sunnah Rasulullah...tetapi,kenapa manusia zaman sekarang payah melakukan sunnah ini?kita mengaku kita umat Rasulullah,tetapi satu sunnah ni saja tak dapat ikut...Astaghfirullahhalazim...semoga kita dapat mengikut sunnah ini...Wallahualam...





Facebook,tempat untuk mencarut atau berkenal-kenalan?

Assalamualaikum...Facebook...kita tau laman web ini untuk berbual dan berkenal-kenalan bersama kawan-kawan...tetapi adakala kita luahkan perasaan di facebook ini...kenapa tidak luahkan kepada Allah?ada yang mencarut...ingat ya,mati tak ikut umur,mati tak ikut muda atau tua...sudah banyak ke amalan?jangan jadikan facebook ini tempat mencarut,tempat bergaduh...cuba buat tempat berdakwah...dapat pahala...lagi satu,jangan letak gambar tidak menutup aurat...dosa akan berpanjangan...Wallahualam...

Umat islam di malaysia...

Majoriti kita (umat Islam Malaysia) bila Allah,Rasul dan Al-Quran kena hina boleh pula rasa marah tu datang cuba kita fikir balik masalahnya kita baca takAl-Quran? selawat tak ke atas nabi? kata sayang Allah apa buktinya? tu belum admin tanya mengenai masjid.Masjid penuh hari Jumaat saja.Cuba lah masjid/surau tu penuh dengan jemaahnya.Laki-laki Subuh pergi sembahyang dekat masjid bukannya asal Jumaat baru penuh.Lagi elok hari-hari penuh.

Ingat! sebelum tentang orang yang hina Islam kita tentang dulu NAFSU kita! Itu lah caranya..apa ingat mujahidin-mujahidin perang saja? mereka waktu lapang walaupun cuma 10 minit mereka baca al-Quran dll..kita? Macam mana anak-anak muda kita nak ikut?
Cuba kita lakukan benda yang baik dan Allah suka mesti mereka (anak-anak muda) malu kalau buat kemungkaran...renung-renungkan...

Ibu,seorang insan cemerlang...

Ibu,tanpa dia siapalah kita...sewaktu kita kecil,dialah yang menjaga kita...kita lapar,dia masakkan untuk kita dan keluarga...menjaga kita dengan penuh kasih sayang...apabila kita remaja,adakah kita balas pengorbanan dia..awek sakit - risau
mak sakit - buat tak tau
hari jadi awek - diberi hadiah
hari jadi mak - buat tak tau
awek belum makan - ditanya
maknya belum makan - tidak pernah ambil tahu
awek marah - sedih
maknya marah - marah balik

Tetapi Bila Saat Begini:

masa sakit - panggil mak
bila Sedih - cari mak
bila dihina - mengadu dekat mak
mau apa saja - minta dekat mak
bila mak dah xda baru nak
nangis~...adakah ini caranya kita balas jasa dia...jangan buat dia menangis...



Renung-renungkanlah...

10 Punca hati jadi gelap dan keras...






Renung-renungkanlah kisah di bawah...






Renung-renungkan...

"you know what I learned from chess?"

"what?"

"akhir permainan nanti, tak kira askar biasa atau raja, tetap akan masuk dalam satu kotak yang sama."

"so?"

"well, walau kau kaya dan aku miskin, in the end of our life, kita akan masuk liang lahad yang lebih kurang sama ukurannya jugak."

"nice."

Assalamualaikum...

Insyaallah saya akan sampaikan dakwah untuk semua pembaca di blog saya...tujuan saya membuat blog ini untuk menyedarkan bahawa kita ini adalah manusia biasa,tiada yang sempurna...kalau ada yang silap,sila perbetulkan ye...saya baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan...