Jumaat, 13 Disember 2013

Lagu untuk ibu-Brothers

Seorang wanita
Bermahkota ibu
Menggengam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah
dan rahmat dari Allah


Kini ibu
Peganglah tanganku ini
Biar kubawa
Ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biar kubawa
Ke alamku
Hasil ukiran
Selama ini


Dodoianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada junjungan tercinta
Tersujud lemah mengabdi diri
Kepada Yang Esa


Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga tuhan menyayangimu
Sepertimana kau mengasihi
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan